Monday, February 22, 2010

Masa Depan SPRM Dengan Mr.Klean

My first post brings you this particular piece by MACC officers themselves.

Here is the scanned letters from MACC officers:-











Masa depan SPRM Dengan Mr.Klean

Kami warga SPRM ingin ketengahkan beberapa isu yang sedang berlaku didalam SPRM. Kami merasa tidak puashati dengan tindaktanduk Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Shukri Abdul ( Mr. Klean )- Pelakon handalan. Beliau menunjukan diri beliau sebagai orang yang baik, alim dan tegas. Setelah beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Mr Klean telah mengatur beberapa strategi secara halus yang mana kesannya akan memudharatkan kerajaan umumnya dan SPRM Khususnya yang sedang menjalani proses pemulihan. Beliau melakukan perkara ini demi kepentingannya diri sendiri. Pada pendapat kami perlantikan beliau adalah satu kesilapan besar yang dibuat oleh kerajaan.

Dalam tahun 2007, SPRM telah menyiasat kes melibatkan seorang ternama yang mempunyai kesan luka dimata. Walaupun sukar dibuktikan Mr.Klean dalam satu mesyuarat telah mengarahkan Pegawai Penyiasat kes supaya mencadangkan Tan Sri Ghani Patail tuduh manakala Tan Sri Musa Hassan dijadikan sebagai saksi. Mr.Klean cuma memberi arahan secara lisan tetapi tidak mahu buat minit bertulis. Fail masih disimpan dalam simpananya. Setelah lama baharulah kami ketahui yang Mr.Klean mahukan Dato Yusof menjadi Peguam Negara ..... Apa agenda beliau kami tidak tahu.

Setelah beliau memegang jawatan sekarang, beliau telah mula mengarahkan orang kanannya supaya mengumpul maklumat aktiviti rasuah Tan Sri Musa Hassan di Johor dan Kuala Lumpur. Contoh kaitan dengan Tengku Goh. Perkara ini telah disiasat dan diputuskan tiada kes, tetapi sekarang dia sengaja mulakan penyiasatan. Apakah tujuan Mr. Klean dalam hal ini. Apakah beliau mempunyai agenda tersendiri. Nak tahu, dalam tahun 2009 Dato Ramli Yusoff telah didapati tidak bersalah oleh .mahkamah di Sabah kerana salahguna kuasa. Keputusan tuduh dibuat oleh Peguam Negara dan kes ini dikendalikan oleh DPP yang sangat berpengalaman, tetapi Dato Ramli boleh menang. Puncanya, maklumat mendapati Mr.Klean telah menyalurkan maklumat berkaitan kes kepada pihak lawan melalui orang kananya. Ini bertujuan untuk menyelamatkan kawanya yang pernah bersama-sama bertugas di sabah. Mr.Klean mengganggap kejatuhan Dato Ramli adalah berpunca berpunca daripada Tan Sri Musa Hassan. Oleh itu beliau bertindak sedemikian.

Apabila kita lihat Mr.Klean menunjukan gaya tegasnya, tapi jangan terpedaya, beliau rupanya adalah seorang yang romantik. Mr. Klean suka dikelilingi oleh perempuan. Tua pun jadilah ... Tak Percaya tanyalah pegawai-pegawai wanita yang pernah bertugas dimanamana tempat Mr.Klean pernah bertugas. Kebanyakan pegawai ini menyampah dengan tingkahlaku beliau, tetapi apakan daya; sudah jadi Bosss. Contohnya semasa menjadi Pengarah Sabah, beliau ada hubungan intim (?????) dengan seorang pegawai Sabah. Hubungan ini masih berterusan sehingga hari ini apabila beliau melawat sabah. Baru-baru ini Mr.Klean dengan kuasa yang ada merancang nak jadikan pegawai itu sebagai PA beliau. Periksa telefon bimbit mr.Klean, ayat sungguh romantik sekali. Tanya Roslina, mayalina dan Norsiah.

HQlAduan No 176/2006, Kes melibatkan Abdul Rashid memegang jawatan tertinggi di Jabatan Audit Negara telah dikatakan telah meminta dan menerima rasuah 4 unit Laptop/PDA berkaitan tender Audit Bil T3/2003. Dalam bulan November 2006 satu operasi telah dilancarkan. Dokuman berkaitan Laptop telah dijumpai di Syarikat Swasta yang terlibat manakala Laptop berkaitan juga dapat dirampas daripada Abdul Rashid. Seterusnya ditangkap. Keterangan juga adalah bagi mendakwa Abdul Rashid, Kesudahanya Abdul Rashid telah dilepaskan dengan tanpa syarat oleh SPRM/BPR pada malam itu juga, yang menyakitkan hati pegawai yang terlibat dalam tangkapan diarahkan supaya hantar sampai ke rumah ( seperti tetamu WIP). Kes Pun TUTUP. Nak tahu macam mana boleh WIP, Abdul Rashid Bin Yaakub adalah kawan dan tidak tahu apa lagi hunbungan kepada Mr.Klean, sejak beliau bertugas di Kelantan. Apabila mengetahui kawan dia telah ditangkap, beliau bergegas datang ke pejabat mengarahkan Pegawai Penyiasat lepaskan serta merta kawanya. Selepas itu beliau telah mengarahkan pegawai penyiasat memanipulasikan fakta dan dokuman supaya kes ini lemah. Beliau juga mengarahkan Pegawai penyiasat mencadangkan kepada Timbalan Pendakwaraya tiada kes. Sekali lagi beliau menggunakan kuasa tanpa menurunkan tandatangan dalam kertas siasatan serta secara lisan mempengaruhi Timbalan Pendakwaraya seterusnya menutup kes. Untuk makluman, Sebelum mendapat keputusan daripada Timbalan Pendakwaraya beliau mengeluarkan satu surat menyatakan tiada kes terhadap Abdul Rashid Yaakub supaya beliau boleh menjawat jawatan JUSA. Kalau nak tahu tanyalah pengawai bernama Rosli Md Isa dan Mohan. Banyak surat seperti ini telah dikeluarkan oleh beliau, tetapi kes telah didakwa. Contohnya kes melibatkan ahli politik di Pahang. Ada kes yang bakal didakwa tetapi Mr.Klean sudah mengeluarkan sijil seperti ini.

Saru-baru ini beliau sibuk hendak menuduh pegawai SPRM walaupun keterangan yang ada tidak mencukupi. Mr.Klean sedia maklum bahawa pegawai itu adalah penyokong kuat kerajaan, entah apa agendanya beliau ?

Mr. Klean sekarang ini telah mengarahkan orang kuat beliau bernama Zamri dan Sazali supaya menyiasat semula kes berkaitan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Kes ini telah disiasat dan diputuskan tiada kes, tetapi kenapa ini dilakukan semula ?, Penyiasatan ini boleh dinafikan oleh beliau bahawa kes ini telah ditutup, tetapi ada anak fail, macamana ?

Kes kematian Teoh Beng Hock, kami pohon maaf kepada keluarga mangsa dan lain-lain pihak, maklumat ini bukan untuk mengganggu inkues yang sedang berjalan. Pihak berkuasa telah menyiasat serta mensyakki punca kematian dibuat oleh Pegawai SPRM Selangor, Kes ini adalah kes 'Hi Profile' segala tanggungjawap serta perkembangan perlu dilaporkan kepada Mr.Klean serta arahan bel as. Dalam kes ini pegawai daripada Ibupejabat juga terlibat. Apa arahan yang diberi oleh Mr.Klean. Maklumat dalaman mengatakan Mr.Klean yang mengarahkan supaya simati ditahan sehingga kes selesai disiasat. Apa maksud tersirat ini? Pada masa awal kejadian beliau memberi 'press statement' yang tidak konsisten, sehingga Ketua Pesuruhjaya pada masa itu terpaksa membuat teguran terbuka dan membetulkan pendirian SPRM. Persoalan lagi, Mengapa pegawai daripada Sahagian Siasatan Ibu Pejabat membuat laporan Polis berkaitan laporan bedah siasat Dr. Porntip, mengapa bukan pegawai selangor yang berbuat demikian sebagai orang yang berdepan dengan masalah ini?

Kesemua fakta ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak betul berlaku didalam SPRM. Kami yakin salah satu punca perletakan jawatan oleh Dato Seri Ahmad Said Hamdan adalah permainan cara hal us Mr.Klean dengan merosakan nama SPRM supaya beliau boleh dinaikkan pang kat. Sekarang apabila beliau memegang jawatan nombor 2, tindakan halus beliau bermula lagi, sehingga Ketua Pesuruhjaya yang baru tidak dapat mengawalnya tindakanya. Sekarang mangsanya adalah Dato Abu Kassim Mohammad. Kesan daripada segala tindakan Mr.Klean akan ditanggung oleh Ketua yang baru. Beliau akan letak jawatan atas desakan dan Mr. Klean adalah KETUA PESURUHJAYA yang baru dalam tahun 2012.

Kami telah mengetengahkan beberapa isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak, terutamanya kerajaan . Ada perkara yang perlu disiasat oleh pihak berwajib demi masa depan SPRM. Semasa menjalankan siasatan terhadap Mr.Klean, perlu dikenakan tindakan pengasingan dan penarikan kuasa perlu dibuat, kalau tidak sudah tentu beliau mengugut pegawai seperti kami yang ingin tampil membantu dalam penyiasatan yang dijalankan.

Sekian Terima kasih,